Soalan 1
Yang manakah antara berikut mengenai pepejal ferum tidak benar?
A. Zarah-zarah ferum tersusun secara padat dan teratur
B. Daya tarikan antara zarah ferum adalah lemah
C. Suhu pepejal ferum adalah kurang daripada suhu cecair ferum
D. Saiz zarah pepejal ferum adalah sama dengan saiz zarah cecair ferum
Penerangan
Zarah-zarah ferum dalam keadaan pepajal adalah tersusun secara padat dan teratur. Ini adalah kerana zarah-zarah ini mempunyai tenaga kinetik yang rendah dan daya tarikan antara zarah-zarah adalah kuat.
Bila pepejal ferum dipanaskan, suhu meningkat dan pepejal ferum melebur menjadi cecair. Ini adalah kerana zarah-zarah ferum memperolehi tenaga yang cukup untuk mengatasi daya yang kuat antara zarah-zarah dalam pepejal.
Saiz zarah ferum tidak berubah dalam semua keadaan jirim.
(Jawapan: B)
Tips Tambahan
Pelajar perlu juga faham susunan zarah-zarah dalm sesebuah jirim. Cuba nyatakan 3 ciri membezakan keadaan fizikan jirim.
No comments:
Post a Comment