Soalan 2
Yang manakah berikut adalah benar mengenai sejatan?
I. Ia berlaku pada seluruh bahagian cecair
II. Ia berlaku pada sebarang suhu
III. Satu proses yang lambat
IV. Kadar bertambah dengan pertambahan suhu
A. I, II, III
B. I, II, IV
C. II, III, IV
D. I, II, III, IV
Penerangan
Sejatan adalah satu proses di mana zarah-zarah di permukaan air secara beransur-ansur berlepas ke udara selepas menyerap tenaga haba yang mencukupi daripada sekeliling. Proses ini berlaku pada sebarang suhu dan kadarnya bertambah dengan pertambahan suhu.
(Jawapan: C)
Tips Tambahan
Pelajar perlu faham perbezaan konsep pendidihan dan sejatan. Pendidihan ada takat didih tetapi sejatan tiada takat sejatan.
No comments:
Post a Comment